Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Mata Akal Mata Hati by Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Mata Akal Mata Hati by Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Return to Previous Page

Mata Akal Mata Hati by Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad

Mata Akal Mata Hati by Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad

Price: $21.00
Product code: 15503
Availability: in stock

Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapai kesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kita juga perlu berusaha utuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit, kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga peribahasa Melayu mengatakan; "dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh".

Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak-tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya, dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untuk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikiran negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insya-Allah hidup kita akan jelas.

Ambillah iktibar daripada para ulama pada zaman Rasullah SAW, seperti Hasan al-Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, "Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran". Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi, mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. Maka itu, marilah sama-sama kita, set semula (reset) minda, ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah.

Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. Berfikir secara positif dan bertindak secara positif - insya-Allah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Itulah janji Allah kepada hamba-Nya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baharu dalam hidup anda.

Mata Akal Mata Hati by Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: As-Sohwah | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 118 | ISBN: 9789670466040


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...