Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Lagenda Jong Batu by Kartini Haji Sapar

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Lagenda Jong Batu by Kartini Haji Sapar
Return to Previous Page

Lagenda Jong Batu by Kartini Haji Sapar

Lagenda Jong Batu by Kartini Haji Sapar

Price: $5.00
Product code: 15404
Availability: in stock

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala yang telah mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya, maka dengan izin-Nya jua buku cerita bergambar/berilustrasi Jong Batu berjaya diterbitkan. Selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam, kaum kerabat, para sahabat dan pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Buku cerita sejarah bergambar/berilustrasi yang bertajuk Lagenda Jong Batu merupakan pemenang ketiga dalam Peraduan Menulis Sejarah Brunei dalam Bentuk Cerita Bergambar/Berilustrasi yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei pada tahun 2011. Penerbitan buku ini adalah bagi mendedahkan para pelajar khususnya dan orang ramai amnya tentang sejarah zaman silam Brunei. Selain itu juga, diharap para pembaca akan dapat lebih menghayati cerita sejarah yang dibuat dalam bentuk bergambar/berlustrasi, di samping menimbulkan lagi minat membaca dan memupuk rasa kecintaan di hati para pelajar dan orang ramai terhadap sejarah tanah air.

Dengan lahirnya terbitan buku cerita sejarah dalam bentuk bergambar/berilustrasi seumpama ini, secara tidak langsung dapat menggambarkan keadaan sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada zaman silam. Setiap cerita yang disisipkan dengan gambar lukisan atau ilustrasi adalah suatu kreativiti yang pastinya mempunyai imaginatif yang bijak, dan sesuai mengikut zaman berlakunya sesuatu peristiwa tersebut, berpandukan sumber serta rujukan sejarah yang betul dan tepat. Usaha seperti ini juga memerlukan penyelidikan yang luas dan terperinci. Bagi Pusat Sejarah Brunei sendiri, hasil peraduan yang yang diungkayahkan itu, adalah sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama untuk diterbitkan bagi tatapan para peminat sejarah selain dapat menambah koleksi bahan terbitan Pusat Sejarah Brunei.

Lagenda Jong Batu by Kartini Haji Sapar

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2014 | Format: Paperback | Pages: 23 | ISBN: 9789991734910


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...