Loading the content... Loading depends on your connection speed!

BRUNEI PUBLICATIONS

Return to Previous Page

List Grid

Melayu Islam Beraja – sebenarnya bukan baru tetapi sudah lahir semenjak beberapa abad lagi. Ianya tidak lebih dari menunjukkan bentuk dan corak Kerajaan Brunei Darussalam yang tulen : Kerajaan Melayu Islam yang Bersultan atau Beraja, sebagai sifatnya sebuah Kerajaan Islam, maka ia adalah yang terbaik dan terunggul serta paling adil untuk semua lapisan rakyat dan penduduk di negara (Brunei) ini, sama ada mereka itu beragama Islam ataupun tidak.
-Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (Pelita Brunei, 25 Julai 1990)

Melayu Islam Beraja Hakikat dan Hasrat by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam | Published: 2008 | Format: Paperback | Pages: 263 | ISBN: 9991734643

$18.00

Loading Updating cart…
New!
Tinta Permata: Tracing the Journey of Media Permata by Brunei Press

Tinta Permata is a coffee-table book which traces back the Sultanate’s important milestones and the journey of the Malay Language newspaper since it was established 20 years ago in January 1995. Media Permata’s journey began on September 11, 1971 with a one-page column in the Borneo Bulletin, an English newspaper produced by the same printing company, Brunei Press Sdn Bhd. As time passed, the Malay column was increased to four pages and the occasional six pages. In January 1995, Media Permata became an independent weekly paper. The 137-page Hardcover edition book “Tinta Permata” was published in commemorating the 20th year of the daily Media Permata. It is split into several topics, including The Monarch and The Rakyat; Royal Weddings; Development and Economy; Education and Human Resource.

Tinta Permata: Tracing the Journey of Media Permata by Brunei Press

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay and English | Publisher: Brunei Press | Published: 2015 | Format: Hardcover | Pages: 150 | ISBN: 978999132442

$49.00

Buku Pentadbiran Zakat di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) ini merupakan Disertasi Sarjana hasil kajian Datin Dr Hajah Saadiah binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit. Buku ini mengandungi sebanyak enam bab yang antara lain membincangkan mengenai kewajipan mengeluarkan zakat dalam Islam, sejarah zakat dalam undang-undang negara, struktur dan organisasi pentadbiran zakat negara, sistem pentadbiran kutipan zakat serta sistem agihan zakat harta dan zakat fitrah di Negara Brunei Darussalam, dengan pengkhususan kajian pada tahun 1955 hingga 1991. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya menghasilkan buku yang dapat dijadikan rujukan kepada para pembaca dan pengkaji sejarah tanah air. Semoga dapatan kajian penulis akan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada para pengkaji yang berminat untuk mengetahui tentang sejarah, struktur, undang-undang, dan pentadbiran zakat di Negara Brunei Darussalam selain melihat peranannya sebelum dan selepas era kemerdekaan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat melalui pentadbiran zakat yang dahulu hanya diuruskan secara tradisi oleh orang tertentu namun seterusnya telah berubah kepada pengurusan dan pengagihan berlandaskan hukum syarak apabila Majlis Ugama Islam Brunei ditubuhkan pada tahun 1955.
Selepas ini, diharapkan ramai lagi para pengkaji dan sarjana tempatan yang akan tampil untuk menerbitkan hasil kajian ilmiah dan disertasi mereka yang berkaitan dengan sejarah sebagai sumbangan ilmu yang bermanfaat kepada khalayak masyarakat. Dengan terbitnya buku ini juga maka bertambahlah lagi koleksi Pusat Sejarah Brunei dalam bentuk kajian ilmiah. Sudah setentunya ilmu yang dikongsi itu lebih tinggi nilai dan manfaatnya serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Pentadbiran Zakat Di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) by Datin Dr Hajah Saadiah Binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2015 | Format: Paperback | Pages: 254 | ISBN: 9789991763118

$15.00

Loading Updating cart…

Buku ini merupakan himpunan kertas-kertas kerja ‘Seminar Serantau: Sejarah dalam Pembangunan Negara’ yang bertemakan ‘Membangun Berteraskan Konsep Melayu Islam Beraja’, anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Negara Brunei Darussalam, dikelolakan secara bersama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) pada 10-11 Januari 2009.
Dalam usaha menanam dan mengukuhkan konsep Melayu Islam Beraja kepada seluruh rakyat dan penduduk serta masyarakat yang bernaung di bawah payung negara ini, seminar yang dianjurkan itu adalah salah satu usaha yang berterusan bagi sama-sama mendukung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebagai Raja dan Ketua Negara yang meletakkan kedudukan Melayu Islam Beraja itu sebagai falsafah negara dan teras kehidupan. Sumbangan dan jasa Baginda dalam membangun negara di sepanjang pemerintahan Baginda, khususnya dalam bidang sosial dan ekonomi sejak tahun 1967, adalah suatu peristiwa bersejarah yang sangat penting bagi Negara Brunei Darussalam, dan sudah sepatutnya ditonjolkan dan dirakamkan dalam bentuk penganjuran seminar seumpama itu. Hasil seminar inilah terhimpunnya kertas-kertas kerja yang sangat ‘membina’ daripada pakar-pakar sejarah khususnya dalam bidang sejarah sosial dan ekonomi; dan Pusat Sejarah Brunei, seperti institusi-institusi lain yang sama-sama memainkan peranan dalam mendukung kempimpinan raja, tidak melepaskan peluang ini mengungkayahkan pemberigaan himpunan kertas-kertas kerja tersebut menjadi sebuah buku yang dapat dijadikan rujukan kepada generasi kini dan akan datang.
Sesungguhnya, usaha pemberigaan ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu yang sangat berguna dan memberi manfaat dalam membangun dan memajukan lagi Negara Brunei Darussalam, selain memupuk rasa kesedaran dan keinsafan, khususnya kepada rakyat dan penduduk negara ini, bahawa pembangunan dan kemajuan itu tidak akan dicapai tanpa ada usaha gigih dan kerjasama semua pihak.

Sejarah Dalam Pembangunan Negara

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 332 | ISBN: 9789991734996

$13.50

Loading Updating cart…

Buku ini merupakan himpunan kertas-kertas kerja ‘Seminar Serantau: Sempena Sambutan Jubli Emas Perlembagaan Negeri Brunei 1959’ dengan tema ‘Perkembangan dan Kecemerlangan 50 Tahun Perlembagaan Negara Brunei Darussalam’ anjuran Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR)pada 17-19 Jun 2011 bersamaan 15-17 Rejab 1432.
Perlembagaan Negara Brunei 1959 yang dirancang pada Mei 1953 telah ditandatangani pada 29 September 1959. Dengan termeterainya Perlembagaan Negara Brunei 1959, ia telah mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pewaris sah bumi Darussalam ini, di samping tiga identiti penting dan utama; majoriti bangsa Melayu diangkat kepada kedudukan yang tinggi dalam sistem politik dan sosial negara ini, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam sebagai agama rasmi negara, dan Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara. Bermula dari saat pengisytiharan dan permasyhuran perlembagaan itu, pemerintahan Brunei diambil alih sepenuhnya oleh pentadbiran Brunei daripada British, dan menjadi asas kepada kemerdekaan Brunei pada 1984. Pada tahun 2009, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 telah mencapai usia 50 tahun.
Usaha memperingati 50 tahun Perlembagaan Negeri Brunei 1959 merupakan satu langkah yang sangat penting dan besar ertinya kepada rakyat dan penduduk negara ini dalam sama-sama merasakan perjuangan demi untuk mempertahankan kedaulatan negara, sehingga akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan walau terpaksa melalui perjalanan yang berliku dalam tempoh yang amat panjang. Dalam erti kata lain, ‘Seminar Serantau : Sempena Sambutan Jubli Emas Perlembagaan Negeri Brunei 1959’ yang diadakan itu memberi kesedaran kepada kita semua orang-orang Brunei untuk terus menanai tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat Brunei yang mampu membawa kelangsungan tamadun negara bangsa, Brunei Darussalam, terutama kepada generasi muda untuk mereka mengenal erti sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Maka di sinilah kita dapat melihat akan pentingnya peranan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 pada menentukan arah tuju pembangunan, kemajuan dan kecermelangan bangsa dan negara. Sejarah perjuangan penggubalan dan liku liku perkembangan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang diterajui oleh Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’dul Khairi Waddien perlu ditelaah, dititi, dirungkai, dan dihuraikan dengan penganalisaan sejarah yang mendalam supaya dihayati dan dihargai oleh generasi muda khususnya, dan sentiasa relevan sebagai landasan kepada pembangunan, keharmonian, kestabilan dan keselamatan bangsa dan negara dalam apa jua situasi dan zaman, malah mampu menjadi iktibar dalam meniti kehidupan di bawah ‘Raja Payung Negara’.

Survival Negara Bangsa

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 278 | ISBN: 9789991763019

$10.00

Loading Updating cart…

Penulisan mengenai sejarah dan perkembangan sosiobudaya sesebuah etnik di negara ini merupakan suatu bidang yang belum diambil perhatian sewajarnya. Malah ia masih terpinggir dari arus pembinaan sejarah dan budaya nasional. Walaupun ramai pengkaji dan penulis tempatan yang menaruh minat terhadap pengkajian bidang etnologi di negara ini, tetapi kajian mereka itu hanyalah setakat memenuhi keperluan latihan ilmiah yang jarang didedahkan dapat mempelbagaikan bahan bacaan dan rujukan mengenai sesebuah puak di negara ini khususnya dari segi sejarah dan perkembangan sosiobudaya mereka.

Pemilihan puak Tutong sebagai fokus kajian dan penulisan dalam buku ini adalah berdasarkan kepada hasil dari projek Perkampungan Sejarah di Mukim Pekan Tutong yang dikendalikan oleh Pusat Sejarah Brunei pada 8-10 april 2002. Pemilihan mukim ini sebagai projek perkampungan adalah disebabkan oleh kedudukannya sebagai pusat tamadun awal puak Tutong yang banyak menyimpan khazanah sejarah untuk diterokai. Perkampungan tersebut telah berjaya mengumpul bidang seperti sejarah asal usul, sejarah perkembangan ekonomi dan sosiobudaya, cerita rakyat, dan riwayat hidup tokoh-tokoh tempatan. Maklumat-maklumat tersebut telah menjadi asas kajian dan penulisan buku ini dengan dibantu oleh sumber-sumber bertulis. Di samping itu penyelidikan ke atas tempat-tempat bersejarah di sepanjang Sungai Tutong yang menpunyai hubungan dengan sejarah awal puak Tutong juga telah membantu kajian ke atas puak tersebut

Puak Tutong

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2004 | Format: Paperback | Pages: 232 | ISBN:

$18.50

Loading Updating cart…

Lipan Baram merupakan gelaran yang digunakan oleh Brunei kepada penduduk pribumi di Sungai Baram yang bermaksud ‘Tentera Baram’, Kewujudan gelaran ini hanya dalam bentuk tradisi lisan yang ditemui dalam kalangan generasi tua penduduk pribumi dalam Sungai Baram. Oleh itu, penemuan ini adalah suatu yang menarik untuk dibincangkan. Gelaran ini menggambarkan sifat-sifat kepahlawanan dan keberanian penduduk-penduduk pribumi Baram pada zaman dahulu sewaktu mereka dalam peperangan itu sudah tentu mempunyai hubungan dengan budaya hidup penduduk pribumi Borneo pada zaman yang banyak berganung kepada sifat-sifat keberanian untuk disegani oleh kaum-kaum lain. Sewaktu Pusat Sejarah Brunei melakukan penyelidikan ke atas kaum “Orang Ulu” di halu Baram, Belaga dan Bintulu pada tahun 2003 telah menemui bahawa betapa rapatnya hubyngan Brunei dengan penduduk pribumi di Sungai Baram sehingga wujudnya gelaran Lipan Baram ke atas mereka, kerana Brunei telah menjadikan penduduk yang mendiami Sungai Baram sebagai tenteranya bagi melindungi wilayah jajahan Brunei.

Lipan Baram

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2013 | Format: Hardcover | Pages: 98 | ISBN: 9789991734965

$45.00

Loading Updating cart…

Antologi Syair Sejarah Bangsa memuatkan sebanyak 13 buah syair hasil daripada Peraduan Menulis Syair Sejarah Brunei sempena sambutan Jubli Perak Pusat Sejarah Brunei 2008. Menurut panel hakim, secara umumnya dalam persembahan isi kebanyakan syair mempersembahkan isi yang baik dan memaparkan tentang tokoh dan peristiwa persejarahan tanah air dan sekali gus memupuk semangat memperteguhkan jati diri bangsa dan semangat cintakan negara. Syair yang memenangi tempat pertama, iaitu ‘Sekubit Ristaan: Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien’, kedua, ‘Salasilah Sultan Syarif Ali’, dan ketiga, ‘Syair Perwira Utap Negara’. Pengumpulan syair seumpama ini mampu menarik minat para penulis terhadap pesejarahan tanah air sebagai khazanah bangsa dan negara.

Sejarah Bangsa Antologi Syair

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2012 | Format: Paperback | Pages: 161 | ISBN: 99917-34-84-8

$7.50

Loading Updating cart…
New!
Hemat-Hemat Himpunan Ucapan Tahun 2005-2010 by Badaruddin Othman

Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan izinNya jua, Pusat Da’wah Islamish telah dapat menerbitkan buku yang bertajuk Hemat-Hemat (Himpunan Ucapan). Buku ini mengandungi ucapan-ucapan Yang Berhormat Pein Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2010, ketika Yang Berhormat masih menjawat sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Ucapan-ucapan Yang Berhormat ini dipetik daripada beberapa majlis, sambutan dan acara yang diadakan di dalam negeri.

Buku Hemat-Hemat (Hipunan Ucapan) Yang Berhormat ini adalah dihasratkan akan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada semua warga Kementerian Hal Ehwal Ugama khususnya dan untuk tatapan bacaan orang ramai amnya. Selain itu, buku ini juga akan menjadi satu tanda kenangan Yang Berhormat Pehin di sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama sebelum ini.

Hemat-Hemat Himpunan Ucapan Tahun 2005-2010 by Badaruddin Othman

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Islamic Da’wah Centre | Published: 2015 | Format: Paperback | Pages: 216 | ISBN: 9789991762616

$10.00

Loading Updating cart…

Buku Fajar Islam Di Borneo ini mengandungi beberapa himpunan kertas kerja sumbangan daripada Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama yang pernah dibentangkan dalam beberapa seminar atau konferensi di dalam dan luar negera.

Isi kandungan buku ini merupakan analisis penulis yang agak mendalam mengenai sejarah kedatangan Islam di Brunei dan Borneo, sejarah perkembangan pendidikan Islam di Nusantara dan bagaimana pendidikan Islam itu diimplementasikan di Negara Brunei Darussalam serta sejarah penubuhan dan perkembangan Perguruan Ugama Di Negara Brunei Darussalam. Buku ini juga meyentuh mengenai undang-undang dan peraturan serta cabarannya yang berkaitan sijil halal di Negara Brunei Darussalam.

Semoga buku ini akan dapat memberikan manfaat yang berguna kepada pembaca dan juga menjadi rujukan kepada umat Islam seluruhnya.

Fajar Islam Di Borneo by Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Islamic Da’wah Centre | Published: 2015 | Format: Paperback | Pages: 64 | ISBN: 9789991762685

$6.00

Loading Updating cart…

Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapai kesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain kita berusaha untuk “celik mata fizikal”, kita juga perlu berusaha utuk “celikkan mata hati”. Untuk mencelikkan “mata hati”, tidak perlu mengeluarkan wang ringgit, kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati – jika baik hatinya baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga peribahasa Melayu mengatakan; “dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh”.

Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak-tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya, dengan berfikir perkara-perkara yang negatif – cuak untuk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikiran negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insya-Allah hidup kita akan jelas.

Ambillah iktibar daripada para ulama pada zaman Rasullah SAW, seperti Hasan al-Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, “Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran”. Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi, mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. Maka itu, marilah sama-sama kita, set semula (reset) minda, ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah.

Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. Berfikir secara positif dan bertindak secara positif – insya-Allah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Itulah janji Allah kepada hamba-Nya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baharu dalam hidup anda.

Mata Akal Mata Hati by Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: As-Sohwah | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 118 | ISBN: 9789670466040

$21.00

Loading Updating cart…

Kata pepatah, ketawa itu pengubat duka. Cuboi bukannya bomoh untuk mengubat sesiapa, tetapi Cuboi boleh menjadi penawar dan memberikan semula senyum dan tawa kepada mereka yang dalam kemelut, atau bahasa yang sering digunakan: stress.

Koleksi Cuboi siri pertama yang diterbitkan pada 1999 mendapat sambutan luar biasa dan sekali lagi Brunei Press merasa terpanggil untuk menerbitkan siri kedua ini – Cuboi 2. Buku ini adalah himpunan komik Cuboi yang disiarkan dalam akhbar Media Permata, akhbar berbahasa Melayu tunggal di Negara Brunei Darussalam.

Penampilan Cuboi – siri pertama dan siri kedua ini – sekali gus memperkenalkan pelukisnya yang hanya dikenali sebaya Rhyme sebagai pelukis kartun dengan gaya tersendiri dan mampu menandingi kartunis-kartunis luar negara.

Sudah tiba masanya kartun tidak boleh diterima seada-adanya. Kartun seharusnya dilihat sebagai satu lagi wadah dalam proses pembangunan negara dan masyarakat. Rhyme dan kartunis-kartunis lain bukan sekadar melukis kartun sebagai penawar duka. Mereka menjadi pemerhati sosial dan kadang-kadang pemerhatian mereka sangat tajam, tapi yang tajam dan pahit itulah selalunya menjadi ubat paling mujarab.

Semoga Cuboi 2 membawa keceriaan kepada pembaca dan mudah-mudahan ia juga dapat membuka minda untuk melihat sesuatu yang selama ini dianggap remeh, tetapi sebenarnya sangat bermakna.

Koleksi Cuboi 2 by Brunei Press

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Brunei Press | Published: 2002 | Format: Paperback | Pages: 100 | ISBN:

$8.00

Loading Updating cart…

Koleksi CUBOI merupakan sebahagian siri kartun tersiar di Akbar Harian Melayu Unggul Brunei Darussalam – MEDIA PERMATA yang dihasratkan untuk santapan fikiran serta hiburan kepada semua peringkat usia.

CUBOI, merupakan seorang cucu yang pintar, bijak dan nakal tinggal bersama neneknya, Nini Aji sementara kedua-dua orang tua CUBOI sedang melanjutkan pelajaran di luar negri.

Sikap sporting Nini Aji yang pandai melayan cita rasa cucunya telah menghasilkan buku ini cukup menarik, padat dengan kemesraan, keriangan dan melucukan.

CUBOI juga sering menguji IQ Nini Aji mengenai isu-isu semasa yang sering menjadi tajuk perbualan kitani. Nini Aji pula kerap memberi tunjuk ajar dengan mengkongsikan pengalaman serta pengajaran kepada cucu kesayangannya.

Koleksi CUBOI juga mengkongsikan pengalaman manis dan melucukan semasa melawat ke luar negeri (Holland dan Kuala Lumpur) bersama Nini Aji semasa cuti persekolahan.

Selamat menikamati gelagat CUBOI yang melucukan yang direka khas dengan bahasa kitani.

Koleksi Cuboi Rhyme by Brunei Press

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Brunei Press | Published: 1999 | Format: Paperback | Pages: 98 | ISBN: 9991732020

$5.00

Loading Updating cart…
New!
Tasek Merimbun: The Black Beauty of Brunei

Tasek Merimbun Heritage Park is one of the many splendours that Brunei Darussalam has to offer. It is also the nation’s only ASEAN Heritage Park to date. This book is set to highlight the natural wonders of Tasek Merimbun from the main features which is the black water lake associated with the local Dusun folklore to the wide array of wild and undisturbed flora and fauna inhabiting the lush jungles that surround the mystical lake. The Photographer was granted unbridled access into the depths of the 7,800 hectare heritage park in order to produce the stunning visuals scattered throughout this book. He was even fortunate enough to capture images of a bird that had never been spotted in Tasek Merimbun before – the Grey Heron (Ardea cinerea). With 200 photographs in full colour.
Tasek Merimbun: The Black Beauty of Brunei Darussalam by Pengiran Muda Omar Ali
Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: English | Publisher: The Museums Department | Published: 2015 | Format: Hardcover | Pages: 168 | ISBN: 9789991732435

$65.00

The 20th century history of Brunei Darussalam provides a unique case of decolonisation in the British Empire. The main arena for the tug-of-war between colonial and nationalist forces was the series of negotiations which culminated in the promulgation of the 1959 constitution. The struggle for supremacy between British colonisation and the traditional Malay monarchy was not the only struggle between conflicting economic and political interests, and between competing political ideologies, but also a duel between competing political personalities: Sultan Omar Ali Saifuddien III and the British High Commissioner-cum-Governor Sit Anthony Foster Abell. To provide an insider’s view of the period and of the personalities involved, the author has consulted British and Brunei records-notes, official dispatches and the private correspondence-and has interviews Bruneian personages who took part in the events.

The Brunei Constitution of 1959: An Inside History by B. A. Hussainmiya

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: English | Publisher: Brunei Press Sdn Bhd | Published: 2000 | Format: Hardcover | Pages: 400 | ISBN: 9991732047

$11.90

Buku 8 Disember: Dalangnya Siapa? ini disusun untuk merakamkan sebahagian daripada sejarah pahit Brunei yang masih segar dalam ingatan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam. Mudah-mudahan ia dapat menjadi iktibar dan pengajaran serta contoh tauladan yang berguna kepada masyarakat kerana sejarah itu merupakan guru sepanjang zaman.

Buku ini terbahagi kepada lapan bab. Tiap-tiap bab diolah dengan teliti menurut fakta dan kesesuaiannya – didahului dengan pendahuluan yang memperkenalkan secara ringkas tentang pengaruh Barat di Brunei. Sistem Residen, Sistem Pendidikan Barat, Pendudukan Jepun, dan pentadbiran Tentera British (BMA) di Brunei merupakan penyumbang positif kepada anak-anak jati Brunei keluar daripada kepompong kehidupan dan nilai-nilai tradisi negatif. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam empat fasa citra hidup berbangsa dan bertanah air: Brunei Darussalam.

8 Disember: Dalangnya Siapa? by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2003 | Format: Hardcover | Pages: 251 | ISBN:

$25.00

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, kaum keluarga, para sahabat, serta pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah: Penegak Warisan Bangsa Melayu ini diketengahkan berdasarkan kepada pandangan dan pengamatan penulisnya sendiri mengenai senario sejarah liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh Kabawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membawa Brunei ke arah kemerdekaan dan seterusnya mempertahankan dan membangunkan negara ini setaraf dengan negara-negara lain di dunia antarabangsa berdasarkan kepada falasafah Melayu Islam Beraja.

Pernyataan penulisnya yang terungkap dalam buku ini merupakan satu gambaran yang memang tidak dapat dipertikaikan lagi, bahawa kamajuan yan telah dinikmati pada masa kini ialah hasil kebijaksanaan kepimpinan Baginda bagi mastikan rakyat dan penduduknya hidup dalam kemakmuran dan kesejahteraan. Melalui pemaparan ini, diharapkan rakyat dan penduduk negara akan menyedari bahawa sesungguhnya kesenangan dan kemajuan yang telah dinikmati selama ini adalah satu petanda akan kedaulatan Baginda dalam memimpin rakyat dan negara ini ke arah sebuah negara ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur’.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah : Penegak Warisan Bangsa Melayu by Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2007 | Format: Hardcover | Pages: 146 | ISBN: 99917-34-59-7

$12.00

Loading Updating cart…

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, Tuhan yang mengatur segala perjalanan alam dan segala persitwa yang berlaku di dalamnya mengikut takdir dan iradat-Nya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan seluruh kaum keluarga dan sahabt Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Buku Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985 telah melalui proses penyuntingan dan penyesuaian format dan gaya penerbitannya, walau bagaimanapun Pusat Sejarah Brunei cuba mengekalkan kandungan asal berdasarkan hasil kajian penulisnya. Manuskrip ini pada asalnya adalah tesis Haji Awang Asbol bin Haji Mail yang dibuat bagi memenuhi keperluan Ijazah Sastera (Sejarah) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Isi kandungannya cukup menarik untuk dibaca dan diketahui kerana ianya memaparkan sejarah perkembangan pendidikan secara formal di Negara Brunei Darusslam. Antaranya membincangkan pembentukan dasar pendidikan dan matlamatnya dalam usaha Kerajaan memaju dan meningkatkan mutu pendidikan anak bangsa Brunei.

Pusat Sejarah Brunei sentiasa mengalu-alukan para sejarawan tanah air untuk menerbitkan hasil kajian mereka dari semasa ke semasa. Ini bertepatan dengan dasar dan matlamat penubuhan Jabatan ini yang antara lain untuk mendokumentasi dan membukukan hasil-hasil penyelidikan dan pengkajian sejarawan Brunei sebagai usaha untuk menyebarluaskan maklumat berkenaan ke pengetahuan umum. Selain itu, penerbitan buku ini juga adalah antara usaha untuk memantuni dan mengapresiasikan bahan-bahan yang bernilai sejarah sebagai sumber rujukan tanah air yang dihasilkan oleh pengkaji tempatan.

Dengan penerbitan buku ini, dihasratkan dapat memberi sumbangan yang berharga dan lorongan kepada para penelaah, pengkaji, pelajar dan peminat sejarah tanah air untuk membuat kajian lebih meluas dan menghasilkan keragaman kajian-kajian yang diketengahkan.

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei by Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2010 | Format: Hardcover | Pages: 221 | ISBN: 9991734473

$12.00

Loading Updating cart…

This book, Our King is published to commemorate and celebrate the 50th Birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darusslam (15 July 1996). Within that period of half a century, for 29 years of his reign, His Majesty with a commitment and his style of leadership has led his Government towards achieving the country’s independence and become internationally recognised.

Our King is a pictorial book which consists of nine sections. The first section portrays His Majesty’s childhood, his youth, and his school-life until His Majesty’s got married. The second section describes the chronicles of His Majesty being bestowed as ‘Pengiran Muda Mahkota’, crowned as the ’29th Sultan of Brunei’ and celebrated his Silver Jubilee ascending the Throne. The third section describes His Majesty’s involvement and the serious concerned in propagating the teachings of Islam in Brunei Darussalam, and in emphasizing the country’s administration and development based on the Islamic values. The fourth section expresses the role of His Majesty in establishing international relations and cooperations. The fifth section shows His Majesty as a King and a leader who loves his subjects, with a sensitive nature and has a caring attitude towards their lives and welfares. The sixth section notes His Majesty’s visits abroad either as state official visits or attending the regional and international conferences, advantageous to the people and Brunei Darussalam. The seventh section records the visits of foreign dignitaries to Brunei Darussalam either on official visits or on the invitation of His Majesty. The eighth section shows His Majesty’s interests and activities during his free time for his recreation and in maintaining his health. The ninth section details several awards conferred on His Majesty, such as the Honorary Degrees (Doctorates) and foreign grand orders or medals, to recognise his leadership and wisdom in administering and ruling Brunei Darussalam.

It is hoped that these concised accounts of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, shall be the motivator to strengthen the existing relationship between the King and his subjects or the subjects and their King, as well as to instill the spirit of love towards the King, religion and nation. It is also hoped that this book shall become a valuable reading material and record which relates about a sovereigned King who is loved by his subjects.

Our King (Raja Kita) by Haji Awang Muhammad bin Awang Abdul Latif, Awang Haji Hashim bin Haji Mohd. Noor, Awang Haji Rosli bin Haji Ampal

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: English/Malay | Publisher: Jabatan Pusat Sejarah | Published: 1996 | Format: Hardcover | Pages: 150 | ISBN:

$15.00

Loading Updating cart…

This book, Tarsilah Brunei Vol. II: Period of Splendor and Fame, is a follow up of an earlier publication entitled Tarsilah Brunei: The Early History of Brunei Up To 1432 AD, Vol. I.The contents of this book Tarsilah Brunei is about the histories and elucidation on the Sultans of Brunei, starting from the fourth Sultan of Brunei; Sultan Sulaiman, right up to the tenth Sultan of Brunei; Sultan Abdul Jalilul Akbar. Besides that the book also touches on the relationship and connection of the genealogy of the Brunei Sultan with several other countries of Southeast Asia, such as Java, Pahang, Sambas and Sulu.

Tarsilah Brunei II: Period of Splendor and Fame by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: English | Publisher: Brunei History Centre | Published: April 2010 | Format: Paperback | Pages: 167 | ISBN: 9991734511

$18.00

Loading Updating cart…

Negara Brunei Darussalam antara negara tua di rantau ini yang mempunyai sejarah yang banyak tetapi belum rapus diketahui dan ditulis kerana kekurangan data atau bahan rujukan utama, terutama dalam period K.M. XVIII. Namun demikian, tinggalan-tinggalan lama yang ada seperti monumen, artifak, matawang, dokumen, salasilah, manuskrip dan tradisi lisan sedikit sebanyak telah dapat memberikan informasi dan gambaran masa lalu itu.

Buku Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam ini adalah hasil penyelidikan sejarah Brunei yang diusahakan oleh penulisnya yang dipisi daripada sumber dan informasi yang disebutkan. Jilid pertama cetakan kedua ini merangkumi hasil penemuan daripada penyelidikan yang telah dijalankan oleh penulis sejak tahun 1990. Ia juga telah disunting dan dikemaskinikan, mengandungi hujah-hujah dan kesimpulan yang mungkin berbeza daripada cetakan pertama.

Bab pertama buku ini menghuraikan sejarah awal dan asl usual nama Brunei, kedudukan geografinya serta hubungannya dengan negara-negara persekitarannya. Bab kedua menghuraikan asal usul Raja-Raja Brunei dan hubungan kekeluargaannya dengan Raja-Raja di rantau Alam Melayu. Bab ketiga pula, di samping menghuraikan mengenai kedatangan Islam ke Nusantara dan negeri yang awal menerima kedatangan Islam, juga menghuraikan tentang tarikh awal Brunei menerima kedatangan Islam dan peranannya dalam penyebaran Islam. Manakala Bab keempat menghuraikan Salasilah Sultan Sharif Ali pancir keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang terkenal dengan nama Sultan Berkat datang ke Brunei dan peranan baginda dalam membangun Brunei khususnya dalam pemerintahan dan penyebaran Islam di Brunei.

Dengan terbitnya buku ini, adalah diharapkan ianya dapat menyingkap dan memperluaskan bidang pengkajian sejarah Brunei bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malahan juga digunakan sebagai bahan rujukan bagi sejarawan-sejarawan dan pengkaji-pengkaji dari luar negara yang berminat dalam menyelidik mengenai Kesultanan Brunei.

Tarsilah Brunei Jilid 1: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2001 | Format: Hardcover | Pages: 141 | ISBN: 9991734074

$17.90

Loading Updating cart…

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya, maka dengan izin-Nya jua buku cerita bergambar/berilustrasi Jong Batu berjaya diterbitkan. Selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, kaum kerabat, para sahabat dan pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Buku cerita sejarah bergambar/berilustrasi yang bertajuk Lagenda Jong Batu merupakan pemenang ketiga dalam Peraduan Menulis Sejarah Brunei dalam Bentuk Cerita Bergambar/Berilustrasi yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei pada tahun 2011. Penerbitan buku ini adalah bagi mendedahkan para pelajar khususnya dan orang ramai amnya tentang sejarah zaman silam Brunei. Selain itu juga, diharap para pembaca akan dapat lebih menghayati cerita sejarah yang dibuat dalam bentuk bergambar/berlustrasi, di samping menimbulkan lagi minat membaca dan memupuk rasa kecintaan di hati para pelajar dan orang ramai terhadap sejarah tanah air.

Dengan lahirnya terbitan buku cerita sejarah dalam bentuk bergambar/berilustrasi seumpama ini, secara tidak langsung dapat menggambarkan keadaan sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada zaman silam. Setiap cerita yang disisipkan dengan gambar lukisan atau ilustrasi adalah suatu kreativiti yang pastinya mempunyai imaginatif yang bijak, dan sesuai mengikut zaman berlakunya sesuatu peristiwa tersebut, berpandukan sumber serta rujukan sejarah yang betul dan tepat. Usaha seperti ini juga memerlukan penyelidikan yang luas dan terperinci. Bagi Pusat Sejarah Brunei sendiri, hasil peraduan yang yang diungkayahkan itu, adalah sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama untuk diterbitkan bagi tatapan para peminat sejarah selain dapat menambah koleksi bahan terbitan Pusat Sejarah Brunei.

Lagenda Jong Batu by Kartini Haji Sapar

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2014 | Format: Paperback | Pages: 23 | ISBN: 9789991734910

$5.00

Loading Updating cart…

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya, maka dengan izin-Nya jua buku cerita bergambar/berilustrasi Perang Kastila berjaya diterbitkan. Selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, kaum kerabat, para sahabat dan pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Buku cerita sejarah bergambar/berilustrasi yang bertajuk Pengiran Bendahara Sakam: Pahlawan Berhati Singa merupakan pemenang ketiga dalam Peraduan Menulis Sejarah Brunei dalam Bentuk Cerita Bergambar/Berilustrasi yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei pada tahun 2011. Penerbitan buku ini adalah bagi mendedahkan para pelajar khususnya dan orang ramai amnya tentang sejarah zaman silam Brunei. Selain itu juga, diharap para pembaca akan dapat lebih menghayati cerita sejarah yang dibuat dalam bentuk bergambar/berlustrasi, di samping menimbulkan lagi minat membaca dan memupuk rasa kecintaan di hati para pelajar dan orang ramai terhadap sejarah tanah air.

Dengan lahirnya terbitan buku cerita sejarah dalam bentuk bergambar/berilustrasi seumpama ini, secara tidak langsung dapat menggambarkan keadaan sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada zaman silam. Setiap cerita yang disisipkan dengan gambar lukisan atau ilustrasi adalah suatu kreativiti yang pastinya mempunyai imaginatif yang bijak, dan sesuai mengikut zaman berlakunya sesuatu peristiwa tersebut, berpandukan sumber serta rujukan sejarah yang betul dan tepat. Usaha seperti ini juga memerlukan penyelidikan yang luas dan terperinci. Bagi Pusat Sejarah Brunei sendiri, hasil peraduan yang yang diungkayahkan itu, adalah sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama untuk diterbitkan bagi tatapan para peminat sejarah selain dapat menambah koleksi bahan terbitan Pusat Sejarah Brunei.

Pengiran Bendahara Sakam: Pahlawan Berhati Singa by Haji Ali Asnan Bin Haji Pungut

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2012 | Format: Paperback | Pages: 39 | ISBN: 9789991734897

$6.00

Loading Updating cart…
Sale!
Dato Godam by Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Hardcover)

Buku Dato Godam ini merupakan jilid pertama. Kandungannya antara lain mencatatkan susur-galur dan jurai keturunan Dato Godam hingga masa kini. Dato Godam atau Raja Umar bin Bendahara Harun adalah putera Diraja Minangkabau yang datang dan berkahwin di Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15, memerintah TM 1690-1710). Menurut sejarah Brunei, Khususnya pada zaman yang disebutkan, diriwayatkan bahawa Dato Godam mempunyai peranan yang istimewa dalam membantu Sultan Nasruddin menjalankan pemerintahan dan pentadbiran baginda. Sebagai mengingati jasa-jasa beliau itu, Sultan Brunei telah berjanji akan mengurniakan keistimewaan kepada anak cucu Dato Godam yang ada di Brunei turun-temurun. Sehingga zaman ini keturunan Dato Godam tersebut dianggap sebagai keluarga yang bertaraf tinggi sebagaimana taraf Dato Godam di Minangkabau, dan mereka digolongkan sebagai keturunan ‘Awang-Awang Damit’. Daripada keturunan Dato Godam inilah juga dipilih oleh Sultan-Sultan Brunei untuk dikurniakan gelaran ‘Menteri’, iaitu pembesar negara yang turn-temurun, sebagaimana akan dinyatakan riwayat sebahagiannya dalam buku ini.

Buku ini mengandungi 32 bab yang memaparkan beberapa tokoh utama daripada kalangan keturunan Dato Godam, iaitu Manteri Uban, Manteri Puteh, Manteri Omar, Pehin Orang Kaya Laila Aminuddin, Pehin Jawatan Dalam Awang Ahad, Awang Untong, Nakhoda Asmat, Pehin Orang Kaya Laila Pahlawan Tunjol, Syed Hasan, Bungku Zaleha, Dayang Sharbanun, Awang Badaruddin, Awang Tahir, Awang Muhammad, Dayang Lamiah, Awang Abu Bakar, Pehin Khatib Haji Awang Abdul Latif, Pehin Datu Perdana Manteri Rdin Haji Abdul Rahman, Nakhoda Haji Awang Abbas, Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Awang Abdul Karim, Pehin Datu Perdana Manteri, Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara Ratna Indera Pengiran SEri Ahmad, Awang Mirasan, Awang Ibrahim, Penglima Othman, Awang Sulaiman, Awang Aliuddin, Manteri Mariam, Awang Abdul Ghafur, Awang Mat Serudin dan Pehin Orang Kaya Shahbandar Awang Muhammad Salleh. Tokoh-tokoh inilah yang menurunkan zuriat Dato Godam hingga sekarang.

Diharapkan buku ini akan dapat menjadi rujukan bagi mereka yng berkenaan dalam menentukn asal usul dan jalinan keluarga masing-masing. Di samping itu akan dapat pula merapatkan semula hubungan kekeluargaan mereka yng bertempiaran supaya tidak ak terus menular mengikutarus yang boleh merenggangkan atau memutuskan hubungan tersebut.

Dato Godam by pehin-jawatan-dalam-seri-maharaja-dato-seri-utama-dr-haji-awang-mohd-jamil-al-sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2008 | Format: HArdcover | Pages: 495 | ISBN: 9991734368

$38.00

$35.00

Loading Updating cart…

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS