Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Dato Godam by Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Hardcover)

Nollybook.com » BOOKSTORE » DICTIONARY / LANGUAGE » BAHASA MALAYU » Dato Godam by Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Hardcover)
Return to Previous Page

Dato Godam by Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Hardcover)

Sale!

Dato Godam by Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Hardcover)

Old Price: $38.00
Price: $35.00
You save: $3.00 (7.89%)
Product code: 15389
Availability: out of stock

Buku Dato Godam ini merupakan jilid pertama. Kandungannya antara lain mencatatkan susur-galur dan jurai keturunan Dato Godam hingga masa kini. Dato Godam atau Raja Umar bin Bendahara Harun adalah putera Diraja Minangkabau yang datang dan berkahwin di Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15, memerintah TM 1690-1710). Menurut sejarah Brunei, Khususnya pada zaman yang disebutkan, diriwayatkan bahawa Dato Godam mempunyai peranan yang istimewa dalam membantu Sultan Nasruddin menjalankan pemerintahan dan pentadbiran baginda. Sebagai mengingati jasa-jasa beliau itu, Sultan Brunei telah berjanji akan mengurniakan keistimewaan kepada anak cucu Dato Godam yang ada di Brunei turun-temurun. Sehingga zaman ini keturunan Dato Godam tersebut dianggap sebagai keluarga yang bertaraf tinggi sebagaimana taraf Dato Godam di Minangkabau, dan mereka digolongkan sebagai keturunan 'Awang-Awang Damit'. Daripada keturunan Dato Godam inilah juga dipilih oleh Sultan-Sultan Brunei untuk dikurniakan gelaran 'Menteri', iaitu pembesar negara yang turn-temurun, sebagaimana akan dinyatakan riwayat sebahagiannya dalam buku ini.

Buku ini mengandungi 32 bab yang memaparkan beberapa tokoh utama daripada kalangan keturunan Dato Godam, iaitu Manteri Uban, Manteri Puteh, Manteri Omar, Pehin Orang Kaya Laila Aminuddin, Pehin Jawatan Dalam Awang Ahad, Awang Untong, Nakhoda Asmat, Pehin Orang Kaya Laila Pahlawan Tunjol, Syed Hasan, Bungku Zaleha, Dayang Sharbanun, Awang Badaruddin, Awang Tahir, Awang Muhammad, Dayang Lamiah, Awang Abu Bakar, Pehin Khatib Haji Awang Abdul Latif, Pehin Datu Perdana Manteri Rdin Haji Abdul Rahman, Nakhoda Haji Awang Abbas, Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Awang Abdul Karim, Pehin Datu Perdana Manteri, Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara Ratna Indera Pengiran SEri Ahmad, Awang Mirasan, Awang Ibrahim, Penglima Othman, Awang Sulaiman, Awang Aliuddin, Manteri Mariam, Awang Abdul Ghafur, Awang Mat Serudin dan Pehin Orang Kaya Shahbandar Awang Muhammad Salleh. Tokoh-tokoh inilah yang menurunkan zuriat Dato Godam hingga sekarang.

Diharapkan buku ini akan dapat menjadi rujukan bagi mereka yng berkenaan dalam menentukn asal usul dan jalinan keluarga masing-masing. Di samping itu akan dapat pula merapatkan semula hubungan kekeluargaan mereka yng bertempiaran supaya tidak ak terus menular mengikutarus yang boleh merenggangkan atau memutuskan hubungan tersebut.

Dato Godam by pehin-jawatan-dalam-seri-maharaja-dato-seri-utama-dr-haji-awang-mohd-jamil-al-sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2008 | Format: HArdcover | Pages: 495 | ISBN: 9991734368


This product has sold out.

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


  • About the author
    Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri seorang tokoh pendidik, sastera, sejarah, budaya, dan ugama di Brunei. Dilahirkan pada 10 Disember 1921 di Kampong Sungai Kedayan, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan). Mendapat pendidikan Melayu dan boleh bertutur bahasa Inggeris, Jepun, dan Arab. Pendidikan awal secara formal di Sekolah Melayu Pekan Brunei (1928-1935) dan kemudian di Maktab Perguruan Sains Sultan Idris, Tanjung Malim (1939-1941 dan 1947-1948), Pusat Latihan Kanri Yosezyo, Kuching (1944-1945), Maktab Pertanian Serdang (1950-1951) dan Maktab Perguruan City of Worecester, United Kingdom (1956-1957). Telah menerima beberapa anugerah dan penghormatan, iaitu Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan daripada The American Institute of Science Indiana, USA (30 April 1967), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Brunei Darussalam (16 September 1993), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (27 Jun 1998), anugerah ASEAN Cultural Award dalam bidang Persuratan daripada ASEAN COCI (8 November 1990), tokoh Guru Berbakti (23 September 1992), Penulis Berjasa daripada ASTERAWANI dan Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad (9 Ogos 1993), serta Pemikir Budaya daripada ASTERAWANI pada 31 Mei 1997. Yang Berhormat Pehin adalah Pengetua Pusat Sejarah Brunei (sejak 1982). Sebelum itu pernah menjawat beberapa jawatan, antaranya Guru (1939-1947), Penolong Guru (1948-1950), Pengurus Perkebunan Sekolah (1951-1955), Penasihat Kaedah Mengajar (1957-1960), Pengarah Lembaga Bahasa dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Penasihat kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1977-1981) di samping menjadi Pengerusi Majlis Pelajaran ( hingga 1983), menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (1959-1983), dan Ahli Majlis Mesyuarat Diraja (1959 hingga sekarang) Pada 14 Mac 1968 Yang Berhormat Pehin telah disampiri gelaran 'Pehin Orang Kaya Amar Diraja' dan dinaikkan pangkat gelaran Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja pada 25 Ogos 1992. Juga telah dianugerahkan Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran DK, DSLJ, DPMB, POAS, PHBS, PBLI, PJK dan Medal Puspa, Yang Berhormat Pehin aktif dalam bidang penulisan sejarah, bahasa, kesusasteraan, kebudayaan, dan pendidikan sejak tahun 1950-an. Telah menghasilkan beberapa buah buku, antaranya Sejarah Brunei, Penggal 1 (bersama Yura Halim). 1958; Kajian Syair Rakis, Cetakan Pertama, 1965 da Kedua,1983; Catatan Sejarah Perwira-Perwira dan Pembesar-Pembesar Brunei, Penggal I, 1971 dan Penggal II, 1973; Rancangan Pelaksanaan Dasar Pelajaran Brunei: Laporan Suruhanjaya Pelajaran Negeri Brunei, 1976, Corak Pendidikan di Brunei, Pada Masa Hadapan, 1982; Penyair Diraja: Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, 1989; Latar Belakang Sejarah Brunei, 1990; Tarsilah Brunei I: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, 1990; Liku-Liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam 1991; Sultan Tengah: Sultan Sarawak PErtama dan Terakhir, 1995; Pelaksanaan Dasar Negara Melayu Islam Beraja, 1996; Survival Brunei: Dari Perspektif Sejarah, 1997; Tarsilah Brunei II: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, 1998; Sejarah Sultan-Sultan Brunei Menaiki Takhta, 2002; 8 Disember: Dalangnya Siapa?, 2003. Di samping pernah menulis (membentang) beberapa buah kertas kerja untuk seminar/simposium (sejarah dan kebudayaan) dalam dan luar negeri, jua pernah menulis beberapa buah artikel yang dimuatkan dalam Iktisar Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei; The Brunei Museum Journal, Jabatan Muzium-Muzium Brunei; Sarawak Gazzette, Muzium Sarawak, Kuching, serta Jurnal Darussalam dan Pustaka, Puat Sejarah Brunei. Karya Yang Terhormat Pehin yang berupa sajak tersiar dalma akhbar Bintang Harian dan antologi sajak bersama Puisi Hidayat II, Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei, 1975, dan Hari Ini dan Esok, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei 1982.
LoadingUpdating...