Loading the content... Loading depends on your connection speed!

BAHASA MALAYU

Return to Previous Page

List Grid

PERAHU JUMPONG,PERAHU BIDAR MENGIMBAS KEMBALI KEADAAN KEHIDUPAN
PENDUDUK KAMPUNG LURONG DALAM DI TAHUN 1950-AN.PENULIS MENGISAHKAN KEHIDUPANKELUARGANYA(ABANG-ABANG,ADIKNYA,IPAR-IPAR,ANAK-ANAK,SAUDARA)SAUDARA MARA,DAN JUGA MASYARAKAT SERTA PENDUDUK BRUNEI SEBELUM DAN SEHINGGA PENGHUJUNG TAHUN 50-AN.

SAUSANA DAN PENGELAMAN HIDUP DALAM TAHUN-TAHUN 40-AN HINGGA HUJUNG TAHUN 50-AN AMAT BERBEZA. KENANGAN YANG BERLAKU DAN DIJALANI PENULIS MENIMBULKAN RASA ‘NOSTALGIA’ TERUTAMA SEKALI ASAM GARAM KEHIDUPAN PENULIS.PENGALAMAN PAHIT MANIS DAN ADA KALANYA LUCU SEPANJANG MENJAWAT JAWATAN GURU SEMUA DIKISAHKAN DI DALAM BUKU PERAHU JUMPONG. PERAHU BIDAR INI.

SELAIN ITU,PENULIS JUGA MENCERITAKAN KEGIGIHAN DAN KEAZAMAN KANAK-KANAK KAMPUNG LURONG DALAM MENUMPUH HIDUP SEHARIAN DENGAN MENGGUNAKAN JUMPONG DAN BIDAR SEHINGGA MELAHIRKAN BEBERAPA ORANG WAKIKL YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA KAMPUNGB LURONG DALAM KERANA SUMBANGAN KEPIMPINAN DI PERINGKAT NEGARA DAN SETERUSNYA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Other Books from this Author

Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: English | Publisher: Pencetak dan Perdagangan borneo sdn.bhd | Published: 2017| Format: Paperback | Pages: 107 | ISBN:9789991797229

$20.00

Loading Updating cart…

Kampong Ayer: Kota Seribu Air (Kumpulan Sajak)

Kumpulam sajak Kampong Ayer Kota Seribu Air ini mengemukakan sajak-sajak yang membawa persoalan mengenai Kampong Ayer, tempat-tempat bersejarah dan tokoh-tokoh tertentu yang mempunyai kaitan rapat dengan Kampong Ayer. Sajak-sajak lain yang termuat dalam kumpulan sajak ini adalah tentang Temburong, MIB, tokoh-tokoh tertentu yang dikagumi penyair dan puisi-puisi keagamaan (Islam). Berdasarkan penilitian yang dibuat, sajak-sajak yang dihasilkan mempunyai kaitan rapat dengan penyair. Misalnya nostalgia tentang Kampong Ayer pada masa lalu, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, peristiwa 8 Disember 1962, suka-duka pengembaraan mencari ilmu, hubungan persaudaraan rakyat Brunei dengan Sabah, tentang daerah Temburong dan penduduknya, dan pengalaman merantau keluar negara. Persoalan-persoalan yang dikemukan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pengalaman penyair sendiri yang terhasil dari sensitiviti dan daya kreativiti iaitu respon yang terhasil daripada apa yang dilihat, dirasa dan dialami; dan ini ada hubungan dengan dialog pengarang dengan manusia, alam dan persekitaran.

Other Books from this Author

Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pentagram Design Sdn. Bhd | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 93 | ISBN: 9789991793245

$12.00

Loading Updating cart…

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”

$13.90

Loading Updating cart…

Kenapa mujahadah itu pahit?

Kerana syurga itu manis.

Ceritanya bermula begini…

Ini kisah seorang gadis yang mahu mengenal Tuhan. Ibarat diari, dia mencoret tentang percintaan, persahabatan, perubahan diri dan segala macam rasa yang dia lalui.

Ada suka dan duka. Ada masam dan manis. Ada masam dan tawar. Ehhh…macam-macam ada.

Bercampur perasaannya. Selayaknya menari di dalam hujan. Dance in the rain.

Dia ingin sekali berkongsi hakikat perjalanan seorang hamba, sebelum kembali bertemu-Nya

$18.00

Loading Updating cart…

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.

Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

$19.90

Loading Updating cart…

Ribuan pengalaman Ustaz Ebit Lew sepanjang perjalanan dakwahnya sejak berusia 13 tahun. Pelbagai jenis manusia yang telah ditemuinya.

Masing-masing mengeluh dan menangis ingin keluar dari kegelapan dan kesempitan hidup.

Ada yang mahu mengambil nyawa sendiri kerana sudah berputus asa.

Kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri sedangkan setiap detik waktu ini adalah amanah dari-Nya.

$18.90

Loading Updating cart…

Buku berbentuk Ensiklopedia yang bertemakan Ensiklopedia Negara Zikir (ENZ) ini dihasilkan oleh para penyelidik Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menampilkan maklumat-maklumat penting mengenai sejarah Negara Brunei Darussalam serta beberapa cadangan dan idea bernas bagi merealisasikan gagasan Negara Zikir di negara ini.  Dalam Jilid 1 sebagai “Pendahuluan”, dimuatkan beberapa konsep yang perlu difahami oleh pembaca bagi menghuraikan objektif dan matlamat penubuhan Negara Zikir yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaullah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Bahasa Melayu | Publisher: UNISSA | Published: 2015 | Format: Paperback | Pages: 316 | ISBN: 9789991765549

$40.00

Loading Updating cart…
New!
MARI BELAJAR SOLAT LELAKI By Alifi Haji Alias dan Taufik Hakim Ahmad

Solat merupakan salah satu daipada Rukun Islam yang lima. Ia merupakan tiang seri ugama dan Ibu kepada segala Ibadah. Daripada solat akan lahir ibadah-ibadah yang lain serta membuahkan akhlak yang mulia dan peribadi yang agung dalam diri setiap insan.

Rasullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “solat itu adalah tiang agama, barangsiapa yang mendirikanya maka sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya.”

Di dalam Islam, sekiranya ibadah solat ditinggalkan maka seluruh amalan lain akan ditolak dan tidak diterima. Maka sungguh rugilah orang yang meninggalkan solat lima waktu. Jesteru, marilah kita sama-sama mempelajari, menghayati dan menunaikan inadah solat dengan sempurna.

$10.90

Loading Updating cart…

Penulisan mengenai sejarah dan perkembangan sosiobudaya sesebuah etnik di negara ini merupakan suatu bidang yang belum diambil perhatian sewajarnya. Malah ia masih terpinggir dari arus pembinaan sejarah dan budaya nasional. Walaupun ramai pengkaji dan penulis tempatan yang menaruh minat terhadap pengkajian bidang etnologi di negara ini, tetapi kajian mereka itu hanyalah setakat memenuhi keperluan latihan ilmiah yang jarang didedahkan dapat mempelbagaikan bahan bacaan dan rujukan mengenai sesebuah puak di negara ini khususnya dari segi sejarah dan perkembangan sosiobudaya mereka.

Pemilihan puak Tutong sebagai fokus kajian dan penulisan dalam buku ini adalah berdasarkan kepada hasil dari projek Perkampungan Sejarah di Mukim Pekan Tutong yang dikendalikan oleh Pusat Sejarah Brunei pada 8-10 april 2002. Pemilihan mukim ini sebagai projek perkampungan adalah disebabkan oleh kedudukannya sebagai pusat tamadun awal puak Tutong yang banyak menyimpan khazanah sejarah untuk diterokai. Perkampungan tersebut telah berjaya mengumpul bidang seperti sejarah asal usul, sejarah perkembangan ekonomi dan sosiobudaya, cerita rakyat, dan riwayat hidup tokoh-tokoh tempatan. Maklumat-maklumat tersebut telah menjadi asas kajian dan penulisan buku ini dengan dibantu oleh sumber-sumber bertulis. Di samping itu penyelidikan ke atas tempat-tempat bersejarah di sepanjang Sungai Tutong yang menpunyai hubungan dengan sejarah awal puak Tutong juga telah membantu kajian ke atas puak tersebut

Puak Tutong

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2004 | Format: Paperback | Pages: 232 | ISBN:

$18.50

Loading Updating cart…

Tahukah anda, untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami “peristiwa mendapat rezeki” daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutlah rahsianya!

Mudahnya Menjemput Rezeki

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Fathuri Salehuddin | Published: june 2014 | Format: Paperback | Pages: 184 | ISBN: 9789671173404

$16.00

Loading Updating cart…

Antologi Syair Sejarah Bangsa memuatkan sebanyak 13 buah syair hasil daripada Peraduan Menulis Syair Sejarah Brunei sempena sambutan Jubli Perak Pusat Sejarah Brunei 2008. Menurut panel hakim, secara umumnya dalam persembahan isi kebanyakan syair mempersembahkan isi yang baik dan memaparkan tentang tokoh dan peristiwa persejarahan tanah air dan sekali gus memupuk semangat memperteguhkan jati diri bangsa dan semangat cintakan negara. Syair yang memenangi tempat pertama, iaitu ‘Sekubit Ristaan: Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien’, kedua, ‘Salasilah Sultan Syarif Ali’, dan ketiga, ‘Syair Perwira Utap Negara’. Pengumpulan syair seumpama ini mampu menarik minat para penulis terhadap pesejarahan tanah air sebagai khazanah bangsa dan negara.

Sejarah Bangsa Antologi Syair

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2012 | Format: Paperback | Pages: 161 | ISBN: 99917-34-84-8

$7.50

Loading Updating cart…

Aidid Mukhlis – Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya, kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana – Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tetapi jiwanya besat. Cintanya pada tanah air cukup menebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

“Macamlah bagus sangat Kota London dia tu.” ejek Liyana penuh jengkel.
“Memang bagus pun.” jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
“Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite.” kata Liyana.
“Yang bagusnya kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!”

Hmm… asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian.Tetapi wujudkah keserasian dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Mr London Ms Langkawi

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Alaf 21 | Published: September 12th 2013 | Format: Paperback | Pages: 512 | ISBN: 9789831248942

$18.90

Loading Updating cart…

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrha/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebi dikenali sebagai Imam Hanafi.

Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran by Abdul Latip Talib

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: PTS Litera Sdn. Bhd | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 217 | ISBN: 9789674081348

$9.50

Loading Updating cart…

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95H/712M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya. Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik.

Imam Maliki: Pengarang Kebenaran

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: English | Publisher: PTS Litera Sdn. Bhd | Published: March 2013 | Format: Paperback | Pages: 210 | ISBN: 9789674081324

$9.50

Loading Updating cart…

Nama sebenarnya Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad Al Marwazi Al Baghdadi. Beliau lebih dikenal dengan nama Imam Hanbali. Keturunannya bertemu dengan Rasulullah pada neneknya. – Nazar bin Ma-ad bin Adnan.

Imam Hanbali lahir di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H/780M, ketika itu zaman pemerintahan Bani Abbasiyah Khalifah Muhammad Al-Mahdi. Ibunya bernama Sufiah atau Safiah Maimunah binti Abdul Malik As-Syaibani. Imam Hanbali juga dipanggil Abu Abdullah kerana anak sulungnya bernama Abdullah. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Hanbali.

Imam Hanbali: Penegak Kebenaran by Abdul Latip Talib

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: PTS Litera Utama Sdn. Bhd | Published: April 2010 | Format: Paperback | Pages: 227 | ISBN: 9789674081331

$9.50

Loading Updating cart…
Sale!
Dato Godam by Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Hardcover)

Buku Dato Godam ini merupakan jilid pertama. Kandungannya antara lain mencatatkan susur-galur dan jurai keturunan Dato Godam hingga masa kini. Dato Godam atau Raja Umar bin Bendahara Harun adalah putera Diraja Minangkabau yang datang dan berkahwin di Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15, memerintah TM 1690-1710). Menurut sejarah Brunei, Khususnya pada zaman yang disebutkan, diriwayatkan bahawa Dato Godam mempunyai peranan yang istimewa dalam membantu Sultan Nasruddin menjalankan pemerintahan dan pentadbiran baginda. Sebagai mengingati jasa-jasa beliau itu, Sultan Brunei telah berjanji akan mengurniakan keistimewaan kepada anak cucu Dato Godam yang ada di Brunei turun-temurun. Sehingga zaman ini keturunan Dato Godam tersebut dianggap sebagai keluarga yang bertaraf tinggi sebagaimana taraf Dato Godam di Minangkabau, dan mereka digolongkan sebagai keturunan ‘Awang-Awang Damit’. Daripada keturunan Dato Godam inilah juga dipilih oleh Sultan-Sultan Brunei untuk dikurniakan gelaran ‘Menteri’, iaitu pembesar negara yang turn-temurun, sebagaimana akan dinyatakan riwayat sebahagiannya dalam buku ini.

Buku ini mengandungi 32 bab yang memaparkan beberapa tokoh utama daripada kalangan keturunan Dato Godam, iaitu Manteri Uban, Manteri Puteh, Manteri Omar, Pehin Orang Kaya Laila Aminuddin, Pehin Jawatan Dalam Awang Ahad, Awang Untong, Nakhoda Asmat, Pehin Orang Kaya Laila Pahlawan Tunjol, Syed Hasan, Bungku Zaleha, Dayang Sharbanun, Awang Badaruddin, Awang Tahir, Awang Muhammad, Dayang Lamiah, Awang Abu Bakar, Pehin Khatib Haji Awang Abdul Latif, Pehin Datu Perdana Manteri Rdin Haji Abdul Rahman, Nakhoda Haji Awang Abbas, Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Awang Abdul Karim, Pehin Datu Perdana Manteri, Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara Ratna Indera Pengiran SEri Ahmad, Awang Mirasan, Awang Ibrahim, Penglima Othman, Awang Sulaiman, Awang Aliuddin, Manteri Mariam, Awang Abdul Ghafur, Awang Mat Serudin dan Pehin Orang Kaya Shahbandar Awang Muhammad Salleh. Tokoh-tokoh inilah yang menurunkan zuriat Dato Godam hingga sekarang.

Diharapkan buku ini akan dapat menjadi rujukan bagi mereka yng berkenaan dalam menentukn asal usul dan jalinan keluarga masing-masing. Di samping itu akan dapat pula merapatkan semula hubungan kekeluargaan mereka yng bertempiaran supaya tidak ak terus menular mengikutarus yang boleh merenggangkan atau memutuskan hubungan tersebut.

Dato Godam by pehin-jawatan-dalam-seri-maharaja-dato-seri-utama-dr-haji-awang-mohd-jamil-al-sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2008 | Format: HArdcover | Pages: 495 | ISBN: 9991734368

$38.00

$35.00

Loading Updating cart…

Pusat Da’wah Islamiah telah berjaya menerbitkan semula buku bertajuk HIMPUNAN NAMA_NAMA INDAH MUSLIMIN pada tahun ini. Buku ini adalah koleksi nama-nama Islam dari keluaran newsletter Muslimin terbitan Pusat Da’wah Islamiah dari tahun 1989 hingga 2009 yang pertama kalinya di cetak pada tahun 2012. Nama-nama Islam yang disusun dalam buku ini memaparkan gabungan dua atau lebih nama-nama untuk lelaki dan perempuan.

Himpunan Nama-Nama Indah Muslimin

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Da’wah Islamiah | Published: 2014 | Format: Paperback | Pages: 147 | ISBN: 9991755250

$14.00

Loading Updating cart…

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya, maka dengan izin-Nya jua buku cerita bergambar/berilustrasi Perang Kastila berjaya diterbitkan. Selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, para sahabat dan pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Buku cerita sejarah bergambar/berilustrasi yang bertajuk Perang Kastila merupakan pemenang pertama dalam Peraduan Menulis Sejarah Brunei dalam Bentuk Cerita Bergambar/Berilustrasi yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei pada tahun 2011. Penerbitan buku ini adalah bagi mendedahkan para belajar khurusnya dan orang ramai amnya tentang sejarah zaman silam brunei. Selain itu juga, diharap para pelajar khurusnya dan orang ramai sejarah yang dibuat bentuk bergambar/berilustrasi, di samping menimbulkan lagi minat membaca dan memupuk rasa kecintaan di hati para pelajar dan orang ramai terhadap sejarah tanah air.

Dengan lahirnya terbitan buku cerita sejarah dalam bentuk bergambar/berilustrasi seumpama ini, secara tidak langsung dapat mengganbarkan keadaan sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada zaman silam. setiap cerita yang disisipkan dengan gambar lukisan atau ilustrasi adalah suatu kreativiti yang pastinya menpunyai imaginatif yang bijak, dan sesuai mengikut zaman berlakunya sesuatu peristiwa tersebut, berpandu sumber serta rujukan sejarah yang betul dan tepat. Usaha seperti ini juga memerlukan penyelidikan yang luas dan terperinci. Bagi Pusat Sejarah Brunei sendiri, hasil perduan yang diungkayahkan itu adalah sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama untuk diterbitkan bagi tatapan para peminat sejarah selain dapat menambah koleksi bahan terbitan Pusat Sejarah Brunei. Perang Kastila by Srinawie bin Bidzah

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Sejarah Brunei | Published: 2012 | Format: Paperback | Pages: 22 | ISBN: 978999173494

$5.00

Loading Updating cart…

Kamus Fajar KBSR Bahasa Malaysia-Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris. Kamus ini mempunyai lebih kurang 16,000 entri. Setiap entri diberikan panduan sebutan, kelas kata, makna dan juga ayat contoh. Entri utamannya diberikan padanan bahasa Inggeris. Ilustrasi dan nota-nota tentang penggunaan sesuatu entri disediakan bagi memperjelas entri yang difikirkan perlu. Turut dimuatkan ialah peribahasa, kata ganda, dan beberapa halaman berinformasi yang berguna. 9789676592569

1. About the Author(s): Oxford Fajar Sdn Bhd is one of the oldest publishing houses in Malaysia and has also grown to become one of the largest publishers in the country. In its 50-year history, the branch in Malaysia has benefited greatly from the marriage of local knowledge and Oxford University Press’ expertise in educational publishing and this has led to the publication of schoolbooks and dictionaries of the highest quality.

2. New or Used: New                       3. Condition (1-5): 5/5

$14.30

Loading Updating cart…

Sebuah kamus dwibahasa dua hala; bahasa Inggeris-bahasa Malaysia dan bahasa Malaysia-bahasa Inggeris yang dikemaskinikan daripada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat. Mengandungi hampir 46 000 kata dasar dan kata terbitan serta 50 000 definisi. Kamus edisi keempat (dikemaskinikan) ini dimuatkan dengan tambahan lebih kurang 1000 senarai entri dwibahasa Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

1. About the Author(s): Oxford Fajar Sdn. Bhd., a subsidiary of OUP, is one of the oldest publishing houses in Malaysia. Besides managing its own extensive local publishing programme of books for different subjects in a variety of languages, from pre-school to tertiary, Oxford Fajar markets and distributes Oxford titles imported from the UK and the USA. Joyce M. Hawkins

2. New or Used: New / Baru             3. Condition (1-5): 5

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar: Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris (4 Edition)

$19.50

Seni Silat Asli Brunei : Perkembangan dan masa Depannya is book written about Malay’s Martial Arts

1. About the Author(s): The purpose of the Dewan Bahasa Pustaka Library is to provide without charge, diverse and easily accessible materials, services and programmes to educate, inform, enrich and entertain all residents of the country. The Dewan Bahasa dan Pustaka Library provides equal access to all users, and seeks to make available the broadest possible spectrum of information and ideas.

4. New or Used: New 5. Condition (1-5): 5

$7.80

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala… Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. 9789831242032

$16.00

Buku ini dapat merungkaikan sejarah perjalanan pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin dan peristiwa pahit manis yang dilalui oleh baginda untuk dihayati bersama. Isi kandungannya antara lain adalah mengenai impian dan visi Sultan Ahmad Tajuddin untuk membangun Negeri Brunei. Pada zaman baginda, transisi kemodenan dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial telah bermula. Walau bagaimanapun, semasa menerajui takhta kerajaan, baginda telah menghadapi pelbagai pergolakan dan rintangan khususnya ketika Brunei di bawah pemerintahan Sistem Residen dan pendudukan Jepun setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua yang telah banyak membawa kesengsaraan dan kemusnahan kepada penduduk dan prasarana negeri ini. 9991734813

1. About the Author(s): Awang Haji Muhaimin bin Haji Mohamed.

2. New or Used: Baru                  3. Condition (1-5): 5/5

from $12.00

Read More
Loading Updating cart…

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya , pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti! BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang… hati mana yang tak sengsara?

1. About the Author(s): Ayu Emelda

2. New or Used: New                                3. Condition (1-5): 5/5

$14.00

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS